2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

PROJEK DANA SURAU SERANTAU MUSLIM DI SABAH BERJALAN LANCAR

Kini, projek pembinaan surau Serantau Muslim di Kg Tunggaring Kuala Namadan Tambunan Sabah berjalan lancar.

Pembinaan tiang dan dinding surau telah dibangunkan dengan baik.

Proses membinaan sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor yang dibantu penduduk kampung.

Alhamdulillah Serantau Muslim mendapat kerjasama padu dengan Ketua Kampung Kuala Namadan dan Pejabat Agama di Daerah Tambunan.

Ayuh, kita terus doakan segala usaha baik ini terus berjalan lancar dan akan dimanfaatkan sebaiknya oleh penduduk kampung di sana pada masa akan datang. Insha-Allah.