2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

JORDAN KECAM RANCANGAN ISRAEL TAMBAH PENEMPATAN DI BAITULMAQDIS

Amman: Kementerian Luar Jordan semalam mengutuk tindakan pihak berkuasa Israel untuk membina sekitar 540 unit penempatan baharu di timur Baitulmaqdis, lapor agensi berita Xinhua memetik agensi berita Petra.

Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Daifallah Fayez berkata, penempatan itu dianggap melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terutama Resolusi 2334 Majlis Keselamatan PBB.

Dasar penempatan Israel menghalang proses perdamaian dan penyelesaian konflik, ‘memusnahkan’ setiap peluang untuk penyelesaian antara dua negara, kata jurucakap itu.

Fayez juga mendesak masyarakat antarabangsa untuk bersama menggalas tanggungjawab dengan memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan pelanggaran itu.

Sumber: Harian Metro