2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
aae31896-3430-4b1f-a2cb-ac8613fe82f0.jpg
Info Semasa

Lubnan mula catu jualan minyak, gula, tepung

Beirut: Kekurangan minyak bunga matahari di Lubnan akibat perang di Ukraine menyebabkan pengimport terpaksa mencari alternatif yang lebih murah dari negara lain.

The National melaporkan bahawa pasar raya juga sudah mula membuat catuan jualan minyak, gula dan tepung.

Tiada permintaan import baharu di Lubnan untuk minyak mentah dan minyak bunga matahari, sejak Rusia mula menyerang Ukraine pada 26 Februari lalu.

Di samping itu, kapal Ukraine tidak dapat belayar dan sekatan kewangan yang ketat ke atas Rusia memutuskan sebahagian besar ekonominya daripada pasaran dunia.

“Beberapa penghantaran saya yang sepatutnya meninggalkan Ukraine seminggu selepas perang bermula tidak boleh memasuki negara ini menyebabkan saya kehabisan 50 peratus bekalan yang saya tempah untuk Ramadan,” kata Hani Bohsali, ketua kesatuan pengimport makanan Lubnan.

Perang di negara Eropah Timur itu menjejaskan keselamatan makanan di seluruh Lubnan.

Rusia dan Ukraine masing-masing menyumbang masing-masing lebih tiga perempat, dan satu pertiga daripada eksport minyak bunga matahari dan barli, menurut Program Makanan Sedunia.

Tetapi Lubnan yang bergantung kepada import, yang mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk selama dua tahun, amat terdedah kepada kejutan pasaran.

Minyak bunga matahari sangat popular untuk memasak makanan di Lubnan, tidak seperti di Amerika Syarikat di mana minyak kacang soya lebih utama di pasaran.

Angka yang disediakan oleh jabatan kastam Lubnan menunjukkan negara itu mengimport lebih separuh daripada minyak bunga matahari dari Ukraine, dan satu pertiga dari Rusia pada 2020.

Sumber: Harian Metro