2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
a943a84a-d908-492b-b7ad-3a5adef51df8.jpg
Info Semasa

Tentera Israel tembak kepala dua rakyat Palestin

RAMALLAH: Dua rakyat Palestin terbunuh dan 15 yang lain cedera semasa tentera Israel menceroboh kem pelarian Jenin di Tebing Barat.

Lapor Quds News Network, dua mangsa yang maut ialah Sanad Abu Atiya, 17 dan Yazeed al-Saadi, 23 yang ditembak di bahagian kepala.

Tentera Israel mendakwa konon pihaknya terpaksa bertindak balas terhadap lelaki Palestin yang bersenjata.

Seorang tentera Zionis turut mengalami kecederaan semasa pencerobohan itu.

Dalam kejadian berasingan di Tebing Barat semalam, seorang lelaki Palestin ditembak mati selepas mangsa didakwa menikam dan mencederakan warga Israel.

Dalam tempoh dua minggu, sebanyak 11 orang menjadi mangsa pembunuhan kejam dalam tiga serangan berbeza oleh tentera Zionis.

Sumber: UM