2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Info Semasa

Islamofobia semakin kritikal, umat Islam Perancis terus terasing

PARIS: Walaupun Perancis dianggarkan mempunyai seramai 5.7 juta penduduk Islam, namun, golongan itu terus dianggap sebagai satu ancaman kepada penduduk Perancis di bawah kepemimpinan Presiden, Emmanuel Macron.

Lapor Al-Jazeera, Perancis yang merupakan populasi Islam terbesar di barat Eropah masih dibelenggu isu diskriminasi dan keganasan perkauman yang menebal.

Situasi itu mendorong golongan Islam berpendidikan tinggi berhijrah dari Perancis untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dan mempunyai lebih banyak kebebasan.

Pakar Pengajian British di Universiti Lille, Prof. Olivier Esteves menjalankan temu bual bersama 148 rakyat Perancis beragama Islam yang tinggal di luar negara.

Hasil kajian mendapati destinasi utama yang dituju oleh golongan mahir adalah United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu, Kanada, Maghribi dan Algeria.

“Sudah tentu, sentimen Islamophobia mendatangkan kesan kepada demokrasi di majoriti negara Barat.

“Ini adalah persoalan sejauh mana permusuhan yang kuat terhadap umat Islam. Di Perancis, ia sudah melampaui negara lain,” katanya.

Dalam tinjauan lain melibatkan 1,074 responden, sekurang-kurangnya 69 peratus yang ditemu bual berkata, diskriminasi dan perkauman adalah faktor orang Islam meninggalkan Perancis.

Sebanyak 63 peratus lain pula menjelaskan mahu menjalani kehidupan beragama dengan lebih tenang serta 40.5 peratus menyatakan alasan pekerjaan.

Ditanya sama ada mereka akan pulang semula ke Perancis, hanya 4.56 peratus menyatakan persetujuan dan 44.7 peratus berkata tidak akan pulang sama sekali ke negara itu.

Menurut Esteves, penduduk Islam yang mempunyai simbol agama seperti berjambang atau berhijab mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan di Perancis.

Ditanya sama ada mereka akan pulang semula ke Perancis, hanya 4.56 peratus menyatakan persetujuan dan 44.7 peratus berkata tidak akan pulang sama sekali ke negara itu.

Menurut Esteves, penduduk Islam yang mempunyai simbol agama seperti berjambang atau berhijab mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan di Perancis.

“Golongan berpendidikan tinggi sentiasa merasakan mereka hanya mempunyai pilihan untuk kekal berada di Perancis dengan bekerja di pasar raya halal.

“Sekiranya keislaman mereka tidak begitu terserlah, barulah mereka boleh bekerja di syarikat-syarikat utama. Namun, mereka sering merasakan kerjaya mereka menjadi perlahan disebabkan identiti agama,” jelasnya.

DASAR SEKULARISME

Esteves menjelaskan satu lagi aspek penting yang mengasingkan penduduk Islam di Perancis adalah laicite atau sekularisme iaitu prinsip teras Perancis yang semakin dikaitkan dengan identiti Perancis.

Calon parti berhaluan kiri bagi pilihan raya Presiden Perancis yang dijadualkan 10 April depan, Anasse Kazib berkata, dia berdepan ketakutan dan permusuhan sepanjang proses pencalonan dirinya.

Katanya, semasa bertanding pilihan raya, kesan Islamofobia sangat tinggi.

Berbeza dengan calon lain, Kazib langsung tidak diberikan masa siaran oleh pihak media arus perdana untuk berkempen.

“Terdapat poster wajah saya di Paris dengan perkataan ‘0% Perancis, 100% Orang Islam’ tertulis di atasnya.

“Apabila anda adalah seorang aktivis politik, anda tidak mempunyai hak untuk menjadi Islam, malah Arab sekalipun. Saya rasa mereka takut dengan apa yang kami wakili,” luahnya.

ISLAM DIMUSUHI

Undang-undang Perancis dalam beberapa dekad kebelakangan ini menyekat cara hidup orang Islam kononnya atas alasan memerangi ‘keganasan’ dan ‘Islamisasi’.

Menurut Pakar Sains Politik di Pusat Kajian Saintifik Negara, Julien Talpin, penggal pertama pentadbiran Macron adalah ‘suram’ bagi umat Islam Perancis dengan penerimaan undang-undang pemisahan pada musim panas 2021.

Walaupun Kerajaan mendakwa perundangannya bertujuan mengukuhkan sistem sekular Perancis, jelasnya, ia secara tidak adil menyisihkan umat Islam dan menyekat kebebasan beragama.

“Kami melihat dengan jelas perbahasan dalam Dewan Negara dengan masyarakat Islam menjadi sasaran.

“Wujud cadangan antara isu besar pemisahan dan komunitarianisme dalam masyarakat yang perlu diperjuangkan oleh Perancis dengan undang-undang,” katanya.

Sumber: UM