2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
TOPSHOT-PALESTINIAN-ISRAEL-CONFLICT_gg_65_1719190563
Info Semasa

Israel bom pusat agihan bantuan NRWA, 8 maut

Sekurang-kurangnya lapan warga Palestin dilaporkan terbunuh dalam serangan udara terbaharu Israel ke atas kolej latihan yang digunakan untuk mengedarkan bantuan, berhampiran bandar Gaza.

Menurut laporan Berita Harian, seorang saksi berkata, serangan itu memusnahkan sebahagian struktur kolej vokasional kelolaan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) yang kini menyediakan bantuan kepada keluarga pelarian, selain kereta kebal rejim Zionis meneruskan serangan ke selatan bandar Rafah.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Mohammed Tafesh, berkata beberapa orang datang ke premis terbabit untuk mengambil kupon bantuan, manakala sebahagian lagi mengisi bekalan air dan ada yang berlindung sementara di situ.

Katanya, kesemua mereka bertindak melarikan diri sejurus terdengar sesuatu terjatuh di kolej latihan berkenaan, namun sudah terlambat.

“Kami mengeluarkan mayat (dari bawah runtuhan), antaranya penjual minuman sejuk dan pastri selain pengedar serta penerima kupon, yang terkorban dalam serangan kali ini.

“Kira-kira lima maut, manakala 10 lagi cedera. Alhamdulillah, mangsa yang tercedera dalam keadaan baik,” katanya.

Sementara itu, jurugambar Reuters melihat sebuah bangunan musnah, manakala mayat dibalut selimut dan diletakkan di tepi jalan sementara menunggu untuk diuruskan.

Tentera Israel pula berkata, tapak yang sebelum ini berfungsi sebagai ibu pejabat UNRWA itu digunakan pejuang Hamas dan Jemaah Islamiah (JI).

“Semua langkah berjaga-jaga diambil bagi mengurangkan risiko ke atas orang awam sebelum serangan dilancarkan.

“Jet tempur Tentera Udara israel (IAF), berpandukan risikan Tentera Pertahanan Israel (IDF) dan Agensi Keselamatan Israel (ISA), pagi semalam menyerang infrastruktur digunakan pejuang Hamas dan JI untuk beroperasi.

“Ini adalah contoh klasik eksploitasi sistematik Hamas terhadap infrastruktur dan penduduk awam yang dijadikan ‘perisai’ mereka dalam perang ini,” katanya dalam kenyataan.

Hamas bagaimanapun menafikan dakwaan kumpulan pejuang itu menggunakan orang awam sebagai perisai mahupun kemudahan awam bagi tujuan ketenteraan.

Pengarah Komunikasi UNRWA, Juliette Touma, berkata agensi itu sedang menyiasat butiran serangan, sebelum mengemukakan sebarang maklumat lanjut.

“Kami merekodkan hampir 190 bangunan milik UNRWA terkena serangan sejak perang bermula dan ini adalah sebahagian besar daripada bangunan kami di Gaza manakala 193 ahli pasukan UNRWA terbunuh dalam konflik ini,” katanya.

Dalam kejadian berasingan, pengarah perkhidmatan ambulans dan kecemasan Kementerian Kesihatan Gaza, Hani Al-Jaafarwi, dan seorang lagi kakitangan perubatan terbunuh dalam serangan udara di sebuah klinik di Bandar Gaza, awal pagi semalam.

Tentera Israel berkata, pihaknya sedang meneruskan ‘operasi bersasar berpandukan risikan’ di kawasan Rafah, selain menemui stor senjata dan terowong, serta membunuh lelaki bersenjata warga Palestin.

Sayap bersenjata Hamas dan JI berkata, pejuang mereka menyerang tentera Israel di Rafah dengan roket anti-kereta kebal, bom mortar dan peranti letupan yang dipasang lebih awal.

Di Beit Lahiya di utara Semenanjung Gaza, pegawai kesihatan di Hospital Kamal Adwan berkata, dua bayi maut akibat kekurangan zat makanan.

Ini menjadikan jumlah kanak-kanak meninggal dunia akibat itu atau dehidrasi sejak 7 Oktober lalu meningkat kepada sekurang-kurangnya 31, dengan pegawai kesihatan mendakwa ia mungkin kurang daripada jumlah sebenar.