2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Screenshot 2024-06-25 095356
Info Semasa

AS gesa siasatan segera lelaki Palestin cedera diikat pada jip tentera Israel

Amerika Syarikat (AS) menggesa siasatan segera dilakukan ke atas pihak yang mengikat lelaki warga Palestin yang cedera pada bahagian hadapan kenderaan tentera Israel, baru-baru ini.

Jabatan Negara AS antara lain menyifatkan video yang tular di media sosial, mempamerkan kejadian itu sebagai ‘menggemparkan’,lapor Berita Harian.

Bercakap pada sesi penerangan, jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller, mengakui menonton klip video berkenaan, selain menyifatkan ia sangat menggemparkan.

Beliau berkata, tindakan sedemikian sangat tidak boleh diterima, selain menegaskan manusia tidak sepatutnya digunakan sebagai perisai.

“IDF (Tentera Pertahanan Israel) sepatutnya segera menyiasat kejadian ini, selain meminta pemilik akaun bertanggungjawab.

“Saya sudah meneliti kenyataan rejim Zionis, menjelaskan ia tidak konsisten dengan arahan diterima tentera selain insiden berkenaan sedang disiasat dan individu terbabit sedang berdepan tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau mengulas pertanyaan wartawan sama ada tindakan itu pada dasarnya menggunakan warga Palestin sebagai perisai.

IDF Sabtu lalu, dilapor mengikat lelaki warga Palestin yang cedera pada pikap tentera ketika serbuan di Jenin dekat Tebing Barat.

Video yang tular di media sosial itu menunjukkan warga Palestin dari Jenin, Mujahed Azmi, berada di atas bonet jip tentera ketika melintasi dua ambulans.

Tentera Israel dalam kenyataan berkata, seorang suspek cedera dan ditahan ketika berbalas tembakan dengan rejim Zionis.

Namun, katanya, rejim Zionis kemudian didapati melanggar protokol ketenteraan, selain menjelaskan lelaki terbabit sudah diserahkan kepada pegawai perubatan untuk dirawat.

“Tindakan terbabit tidak mematuhi nilai rejim Zionis dan kejadian berkenaan akan disiasat,” katanya.

Lonjakan keganasan di Tebing Barat berlaku sebelum peperangan Gaza tercetus pada Oktober 2023.