2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Screenshot 2024-06-21 160242
Info Semasa

Lebih 40 kanak-kanak Palestin maut akibat kebuluran

Kebuluran di Semenanjung Gaza telah meragut nyawa lebih 40 kanak-kanak setakat Rabu lalu, manakala 3,500 lagi kanak-kanak berdepan risiko kematian akibat kekurangan zat makanan dan kekurangan makanan tambahan dan vaksinasi akibat pengepungan Israel.

Menurut Berita Harian yang memetik dalam satu kenyataan, pemimpin Hamas, Izzat Al-Rishq, memberi amaran mengenai kemerosotan keadaan kemanusiaan di Semenanjung Gaza.

Beliau berkata penderitaan penduduk semakin teruk apabila tidak mempunyai keperluan asas kehidupan manusia berikutan pengepungan dan pengeboman berterusan.”

Tegasnya, ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidiladha, rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sedang mengalami tragedi yang nyata.

“Penduduk menderita kelaparan dan dahaga dengan siri pembunuhan beramai-ramai berterusan dilakukan pendudukan Nazi,” katanya.