2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-02-29 at 12.43.30 PM
Uncategorized @ms

Lelaki bakar al-Quran di Russia dipenjara tiga setengah tahun

Mahkamah di Grozny, ibu kota wilayah Chechnya, Russia hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga setengah tahun terhadap seorang lelaki Russia kerana membakar al-Quran.

Nikita Zhuravel, 20, ditahan pada Mei 2023 di bawah undang-undang yang menyinggung perasaan penganut agama selepas dia membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Volgograd, 800 kilometer dari Grozny, lapor Berita Harian yang memetik laporan berita Russia TASS.

Bagaimanapun, penyiasat Russia memindahkan kes lelaki berkenaan ke Chechnya.

Jawatankuasa Siasatan yang mengendalikan jenayah berat, berkata mereka menerima banyak mesej daripada penduduk Chechnya yang meminta dilantik sebagai pihak yang terkesan dengan tindakan itu.

Chechnya mempunyai ramai penduduk beragama Islam dan pemimpinnya yang pro-Kremlin, Ramzan Kadyrov telah menggambarkan dirinya sebagai pembela agama Islam yang terulung di Russia.

TASS melaporkan Zhuravel mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit dan berulang kali memohon maaf di mahkamah dan menyatakan dirinya tidak memikirkan akibat daripada tindakannya itu.

Jawatankuasa Siasatan berkata tertuduh dibayar untuk membakar al-Quran oleh pasukan perisikan Ukraine.

Russia memperkenalkan undang-undang terhadap individu yang menyinggung perasaan penganut agama pada 2013 sebagai sebahagian daripada tindakan Kremlin ke arah nilai sosial konservatif.