2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-08-04 at 8.23.24 AM (4)
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

AYUH BANTU UMAT ISLAM KEBULURAN DI YAMAN DENGAN DOA DAN SUMBANGAN KITA

4 Ogos 2023 – Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) sekali lagi turun padang menyantuni umat Islam di Timur Tengah. Kali ini umat Islam di Yaman telah mendapat perhatian NGO Serantau Muslim untuk menyalurkan beberapa jenis bantuan yang diperlukan di sana.

Menurut Ustaz Mohd Hakim, Pengerusi Serantau Muslim, antara bantuan yang akan disalurkan di sana nanti ialah bantuan kecemasan makanan dan minuman kepada keluarga pelarian di Yaman; membaikpulih pembinaan sekolah dan rangkaian pendidikan; menyuntik dana permulaaan ekonomi untuk jana pendapatan berterusan dan membina mobil klinik untuk rawatan perubatan di kem pelarian.

“Salah satu projek yang bakal dibuat ialah membaikpulih sekolah-sekolah atau madrasah yang sedia ada di Yaman kerana ikutkan banyak sekolah yang tidak mampu beroperasi, jadi kami akan membantu ke arah itu, doakan. Insha-Allah”.

Dalam misi kali ini, Serantau Muslim masih memerlukan lagi RM185,000 lagi untuk melengkapkan misi kemanusiaan untukmuyaman.com.

Misi yang dijalankan hampir 10 hari, bermula 4 Ogos hingga 15 Ogos ini mendapat sokongan Datuk Faridah Hanim Haron, Presiden Annems Leadership Solution dan Annems International Sdn Bhd.

“Ibu iringi kalian dengan semangat, azam dan kasih sayang ke sana. Semoga balik dengan selamat, beri kesihatan dan dipermudahkan segala urusan”.

Misi ini disertai oleh aktivis kemanusiaan, Farah Lee atau Nurfarahin Romli; Pendakwah TV dan Radio / Duta Rasmi Serantau Muslim, Ustazah Isfadiah Ahmad Dasuki; Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor, Pengerusi Serantau Muslim dan dua orang lagi petugas Serantau Muslim.

Dalam pada itu, Ustaz Hakim mengharapkan sokongan dari seluruh pihak agar misi ini berjalan lancar walaupun tidak terfikir misi ini dapat dijalankan.

“Saya tidak terfikir nak ke sana (Yaman), tapi alhamdulillah, pagi ini Serantau Muslim dan pasukan bersama Farah Lee, Ustazah isfadiah akan menjejakkan kaki ke sana”, tambah Ustaz Mohd Hakim.

Buat makluman, sejak Sembilan (9) tahun lepas, masalah kebuluran terbesar berlaku di Yaman.

Tidak ketinggalan, Ustazah Isfadiah, selaku Duta Rasmi Serantau Muslim turut menyeru orang ramai untuk membantu umat Islam di Yaman walaupun dengan serendah RM10 kerana Yaman adalah bumi barakah, yang mana menjadi asbab pertolongan dari semua akan mendapat doa mereka untuk rakyat Malaysia.

Layari, untukmuyaman.com.