2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-08-04 at 9.29.44 AM
Aktiviti SM

SERANTAU MUSLIM BAWA MISI BESAR KE YAMAN, BANTU SAUDARA ISLAM YANG SEDANG DERITA

Pagi ini Serantau Muslim akan ke bumi Yaman bagi melaksanakan misi kemanusiaan di negara bergolak itu.

Seramai lima orang peserta misi yang diketuai oleh Pengerusi SM, Ustaz Hakim akan mengharungi cabaran dan ujian memasuki bumi Yaman untuk menyampaikan bantuan disana.

Turut sertai program tersebut ialah aktivis kemanusiaan, Farah Lee; Duta Rasmi SM, Ustazah Isfadiah; Setiausaha SM, Muhammad Faeez; dan petugas SM, Haziq Shazwan.

Majlis Flag Off misi tersebut telah diadakan pada malam tadi dan ia disempurnakan oleh Datuk Faridah Hanim Haron, Presiden Annems Leadership Solution dan Annems International Sdn Bhd.

Antara bantuan yang akan disalurkan di sana nanti ialah bantuan kecemasan makanan dan minuman kepada 250 buah keluarga pelarian di Yaman; membaik pulih pembinaan sekolah dan rangkaian pendidikan; menyuntik dana permulaaan ekonomi untuk jana pendapatan berterusan dan membina mobil klinik untuk rawatan perubatan di kem pelarian.

Dalam misi kali ini, Serantau Muslim masih memerlukan lagi RM185,000 lagi untuk melengkapkan misi kemanusiaan untukmuyaman.com.

Jom bantu jayakan misi kami!