2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
PHOTO-2023-08-05-05-33-46
Info Semasa

Serantau Muslim mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Malaysia ke Mesir

Alhamdulillah sebaik tiba di Kaherah Mesir, delegasi Serantau Muslim telah mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Malaysia ke Mesir, TYT Zamani Ismail.

Pertemuan tersebut antara lain memaklumkan usaha dan gerak kerja Serantau Muslim di Negara Yaman.

Umum mengetahui, untuk memasuki negara Yaman, ia mestilah melalui sama ada Oman atau Mesir.

Beliau menyambut baik usaha yang digerakkan oleh NGO-NGO Malaysia termasuklah Serantau Muslim yang aktif membantu masyarakat Islam di seluruh dunia.

Beliau berdoa agar segala perancangan di Yaman dipermudahkan dan dilindungi dari sebarang ujian dan cabaran.

Dalam pertemuan itu juga, TYT menceritakan tentang perkembangan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.

Beliau mempunyai visi yang besar dan jelas dalam memastikan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir menjadi pelajar yang berkualiti dan berjaya.