2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

ZIONIS MUSNAHKAN PERKAMPUNGAN AL-ARAQIB BUAT KALI KE-147

 

BAITULMAQDIS, 24 JULAI – Tentera Israel kelmarin memusnahkan perkampungan masyarakat Badwi, Al-Araqib di satu kawasan padang pasir Naqab buat kali ke-143 sejak Julai 2010.

 

Penduduk tempatan memaklumkan beberapa jentolak Zionis diiringi polis Israel memusnahkan kawasan kediaman, khemah dan pondok kecil petani menyebabkan sebahagian mereka kehilangan tempat tinggal.

 

Al-Araqib termasuk dalam senarai lebih 30 perkampungan Badwi yang tidak diiktiraf Israel.

 

Rejim Zionis meneruskan agenda meroboh perkampungan Badwi itu untuk menghalau penduduknya keluar meninggalkan tanah mereka.

 

Namun setiap kali kampung mereka dirobohkan, penduduk akan membinanya semula.

 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa kumpulan hak asasi sejak sekian lama telah menentang pemusnahan kampung itu yang hanya mempunyai struktur buatan sendiri daripada aluminium dan kayu.

 

Mereka berhujah tindakan itu akan akan membolehkan penempatan haram Yahudi diperluaskan dan akan memisahkan Tebing Barat kepada dua, sehingga menjadikan harapan sebuah negara Palestin kian pudar.

 

Sumber: Sinar Harian