2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

ISRAEL SIAP SEDIA MUSNAH RUMAH PALESTIN

 

SUR BAHER (TEBING BARAT), 23 JULAI – Israel mula melakukan persediaan untuk memusnahkan rumah penduduk Palestin berhampiran pagar tentera di pinggir Baitulmaqdis.

 

Beberapa hari lalu, beratus tentera dan polis bersama jentolak dilaporkan telah masuk ke kawasan Sur Baher.

 

Sur Baher merupakan sebuah perkampungan warga Palestin di timur Baitulmaqdis yang ditawan dan dijajah Israel ketika perang Asia Barat pada 1967.

 

Penduduk berasa khuatir akan struktur bangunan berhampiran pagar itu menjadi permulaan kepada tindakan terhadap beberapa bandar lain yang berada di sepanjang kawasan pagar membabitkan beratus kilometer.

 

Salah seorang penduduk yang dikenali Hamada memaklumkan sejak jam 2 pagi, tentera-tentera Israel menghalau keluar orang ramai dari rumah masing-masing dan memasang bahan letupan untuk merobohkannya.

 

Bulan lalu, Mahkamah Agung Israel memutuskan bahawa struktur bangunan itu melanggar larangan pembinaan.

 

Sumber: Harian Metro