2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
512bd9de-59fb-41ff-bf46-defc36844317.jpg
Info Semasa

Zionis mengaku serang penduduk Palestin guna dron bersenjata

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel mengaku menggunakan dron bersenjata dengan melancarkan pesawat tanpa pemandu (UAV) ke Gaza dan Tebing Barat.

Perkara tersebut bagaimanapun tidak diakui Israel sebelum ini kerana wilayah haram itu melarang sebarang penerbitan berita berkaitan penggunaan dron bersenjata.

Malah, terdapat banyak laporan berita antarabangsa mengenai dron yang digunakan bagi menyerang beberapa sasaran di Lubnan dan Iran, tetapi tidak pernah disahkan secara rasmi oleh Israel.

Kenyataan itu dibuat selepas melihat isu berkenaan tidak menjadi halangan untuk menerbitkan berita penggunaan UAV bersenjata sebagai sebahagian daripada aktiviti operasinya.

Perkembangan itu juga sekali gus menamatkan rahsia terbuka mengenai penggunaan dron bersenjata semasa operasi tentera Israel.

Israel memiliki antara armada dron terbesar di Asia Barat dan antara pengeksport teknologi dron terbesar di rantau itu.

Meskipun larangan am laporan kewujuduan dron bersenjata itu ditamatkan, seorang pegawai penapisan tentera Israel berkata, laporan perincian teknikal atau operasi masih tertakluk pada penilaian, sebelum diluluskan untuk penerbitan.

Sebelum ini, rakyat Palestin mendakwa Israel menggunakan dron bersenjata dalam pembunuhan bersasar di Semenanjung Gaza.

Konflik di Ukraine serta perang antara Armenia dan Azerbaijan pada 2020 menunjukkan kepentingan UAV peninjau tanpa senjata dan dron bersenjata dalam memusnahkan kereta kebal serta kenderaan berperisai lain.

Sumber: Utusan