2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Info Semasa

Wartawan Israel menyelinap masuk ke Mekah, menentang larangan masuk bukan Islam

JAKARTA: Seorang penyunting berita media Israel, Channel 13, Gil Tamari mengaku berjaya menyusup ke Mekah yang hanya boleh dikunjungi oleh umat Islam.

Tamari bahkan menyiarkan sejumlah rakaman video dirinya berada di sebuah sudut di Kota Mekah menerusi saluran media tersebut.

Sebuah rakaman video yang disiarkan dalam Channel 13 menunjukkan Tamari sedang membawa sebuah kenderaan di sekitar tanah suci.

Dia juga bahkan sempat berswafoto di Gunung Arafah yang merupakan lokasi Nabi Muhammad menyampaikan khutbah terakhir dan tempat paling suci bagi umat Islam ketika menunaikan haji.

Tindakan tersebut menerima kecaman warga Arab Saudi sehingga umat Islam dari seluruh dunia menuntut Tamari dikenakan hukuman berat.

Sebelum ini, pihak berkuasa melarang orang bukan Islam memasuki Mekah dan Madinah dan mereka boleh dihukum termasuk denda atau diusir keluar.

Tamari merupakan antara tiga wartawan Israel yang mendapat kebenaran memasuki Arab Saudi.

Difahamkan, wartawan itu mempunyai agenda untuk membuat liputan semasa persidangan yang dihadiri Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, minggu lalu.

Sumber: Utusan