2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

WASHINGTON ANGGAP LAYANAN KERAJAAN CHINA TERHADAP ETNIK UIGHUR SESUATU YANG KOTOR

 

WASHINGTON 19 Julai – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo menyifatkan tindakan dan layanan China terhadap etnik Muslim Uighur sebagai ‘kotoran abad ini’.

 

Dalam perkembangan sama, Beijing didakwa telah mendesak negara-negara lain agar tidak menghadiri persidangan berhubung kebebasan beragama dianjurkan oleh Washington.

 

“China merupakan tuan rumah kepada salah satu krisis hak asasi manusia terburuk ketika ini dan ia sememangnya kotoran abad ini,” kata Pompeo pada hari terakhir persidangan tersebut di Washington.

 

Pompeo juga meninggalkan persoalan kepada kerajaan China “Adakah perbuatan itu selaras dengan jaminan kepercayaan beragama yang termuat dalam Perlembagaan China?”

 

Sumber: Utusan Malaysia