2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

ISRAEL LEPAS GAS PEMEDIH MATA DALAM HIMPUNAN PROTES KEMATIAN TAHANAN PALESTIN

 

RAMALLAH, 19 JULAI – Puluhan penduduk Palestin cedera terhidu gas pemedih mata ketika berhimpun di pos pemeriksaan Beit El di utara Ramallah, Tebing Barat semalam bagi membantah kematian Nassar Taqatqa.

 

Sebahagian besar penunjuk perasaan merupakan mahasiswa Universiti Birzeit.

 

Sumber tempatan berkata, tentera Israel melepaskan berbelas das tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan tunjuk perasaan tersebut sekali gus mencetuskan situasi tegang.

 

Taqatqa, 31, dilaporkan meninggal dunia awal minggu ini selepas dipukul dan dikurung bersendirian di penjara Israel.

 

Mangsa diberkas pada 19 Jun lalu selepas kediaman keluarganya di Beit Fajjar diserbu tentera Rejim Zionis.

 

Sumber: Sinar Harian