2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

139 PELARIAN PAPUA MAUT AKIBAT PENYAKIT, KEBULURAN

 

JAKARTA 19 Julai – Seramai 139 orang di wilayah Papua dilaporkan meninggal dunia akibat krisis kebuluran dan penyakit berikutan pertempuran antara tentera dan kumpulan pemberontak.

 

Selain itu, menurut kumpulan bantuan manusia, ribuan orang di wilayah terbabit terpaksa melarikan diri akibat pertempuran tersebut.

 

Seorang sukarelawan, Hipolitus Wangge berkata, 40 daripada yang meninggal dunia berusia di bawah lima tahun dan 24 lagi kanak-kanak di atas usia lima tahun.

 

Kebanyakan pelarian mengalami jangkitan pernafasan dan cirit-birit.

 

Sumber: Utusan Malaysia