2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

WARGA EMAS DI RUMAH SERI KENANGAN CHENG GEMBIRA MENERIMA SUMBANGAN

Oleh: Wartawan Serantau Muslim

Cheng, 23 Mei – Serantau Muslim (SM) telah menyantuni warga emas di Rumah Warga Emas Seri Kenangan Cheng petang semalam. Program yang mendapat kerjasama padu daripada Tadika Little Caliph itu adalah bersempena Program Jelajah Ramadhan sekitar Melaka.

 

Program yang diadakan pada jam 2 petang itu dihadiri oleh dua orang kakitangan SM dan pihak pengurusan Little Caliph sendiri.

 

Dalam program santai itu, SM melihat ia telah membawa erti kepada 150 orang penghuni kerana berjaya meraikan warga emas sekali gus menyantuni mereka di sana.

 

Dalam perkembangan yang sama, pihak SM turut memuji keprihatinan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan warga emas di sana sehingga sebahagian mereka mempunyai pendapatan sampingan apabila mempunyai duit poket sendiri untuk melibatkan diri dalam perniagaan secara kecil-kecilan di kawasan pusat jagaan tersebut.

 

SM berpendapat aktiviti sebegini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain malah dapat mengaktifkan sistem badan penghuni di sana disamping mengurangkan masalah yang terpaksa dihadapi warga emas di sana.

 

Selain menyantuni mereka, SM melihat penghuni di sana gembira dengan kehadiran orang luar seperti pihak SM dan Little Caliph yang mana turut menerima beberapa sumbangan seperti lampin pakai buang untuk dewasa dan keperluan untuk kebersihan warga emas di sana.