2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Kenyataan Media

TAJABERBUKA @ MALAYSIA BERSAMA PELAJAR TAHFIZ DAN ANAK YATIM

SERANTAU MUSLIM (SM) telah berjaya mengadakan program tajaberbuka bersama anak-anak remaja di madrasah sekitar Telok Mas, Melaka dan mendapat kerjasama daripada pihak pengurusan madrasah yang terlibat.

 

Program tajaberbuka di kawasan sekitar Telok Mas ini melibatkan beberapa madrasah, antaranya Madrasah Ad-Dhia Ulami’ Tambak Bugis, Madrasah Tahfiz Wal Qiraat, Madrasah Az-Zakirin Kampung Ketapang dan Madrasah Tahfizul Al-Quran Al-Fahim.

 

Program tajaberbuka ini bertujuan membantu anak-anak tahfiz dan anak-anak yatim yang memerlukan untuk berbuka puasa dengan menyediakan juadah berbuka puasa (pek iftar) kepada mereka.

 

Dalam program ini, seramai 250 orang anak-anak tahfiz diraikan. SM turut meraikan penjaga atau pembimbing anak-anak tahfiz di madrasah tersebut.

 

Buat makluman pembaca sekalian, program tajaberbuka dibawah kelolaan SM ini tidak akan terhenti di Malaysia sahaja malah SM komited bersama-sama 14 buah negara lagi bagi membantu penduduk Islam yang terdiri daripada golongan asnaf mana mereka memerlukan bantuan bagi meringankan kehidupan mereka.

 

[Layari tajaberbuka.com atau terus masukkan sumbangan anda ke akaun bank 5641 0042 1083 Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim]

 

 

 

 

Dikemaskini oleh Wardatul Tohirah 29 Mei 19, 02:35 petang