2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

PROGRAM TAUTAN KASIH BERSAMA WARGA EMAS BERJALAN LANCAR

 

Oleh: Wartawan Serantau Muslim

 

Telok Mas, 22 Mei – Serantau Muslim (SM) telah menyantuni warga emas di Rumah Warga Emas Bukit Larang, Taman Bukit Larang Indah di sini hari ini dalam Program Tautan Kasih Bersama Warga Emas.

 

Program yang diadakan pada jam 9 pagi ini dihadiri oleh lima orang kakitangan SM dan 45 orang dari Little Caliph termasuk murid-murid sekolah Little Caliph.

 

Program yang bermula sejak pagi itu dimeriahkan dengan persembahkan murid-murid cilik dari Little Caliph. Murid-murid berjaya meraikan warga emas dengan membuat beberapa persembahan untuk warga emas yang berada di pusat jagaan tersebut.

 

Warga emas kelihatan gembira selepas dihadiri kakitangan SM dan kakitangan Little Caliph bersama murid-murid cilik.

 

Dalam perkembangan yang sama, SM turut mengadakan beberapa aktiviti lain bersama warga emas di sana, antaranya sembang santai, membuat kad hari raya dan penyerahan sumbangan hari raya kepada mereka.

 

Sumbangan seperti telekung, kain batik, anak tudung, kain pelikat, tshirt dan kuih raya diserahkan kepada 10 orang warga emas di sana bagi membantu mereka menyambut lebaran Aidilfitri tidak lama lagi.

 

Tidak ketinggalan, pihak pengurusan pusat jagaan warga emas turut menerima sumbangan bahan mentah seperti beras, bihun, susu pekat, gula pasir, milo, dan kurma.