Terkini: ‘Tabung Air Mata Lombok’ dilancar bantu misi kemanusiaan mangsa gempa
[vc_row][vc_column][vc_column_text]‘Tabung Air Mata Lombok’ dilancar bantu misi kemanusiaan mangsa gempa
Kerajaan Malaysia dan NGO Serantau Muslim bekerjasama untuk mengumpulkan dana membantu mangsa kejadian gempa bumi di Lombok, Indonesia.
Kerajaan yang diwakili Ahli Parlimen Malaysia Datuk Mahfuz Omar berkata, Malaysia merakamkan takziah kepada semua keluarga mangsa bencana gempa bumi di Lombok.
“Saya mendoakan agar Allah swt memberikan kekuatan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.
“Saya mewakili kerajaan dan rakan dalam Pakatan Harapan menyatakan komitmen dan komited tinggi dalam membantu meringankan beban keluarga mangsa yang terpaksa ditanggung mereka.
“Gempa yang melanda bukan perkara baharu. Namun trajedi itu tidak menyebabkan kita pandang sepi perkara ini. Saya sangat komited untuk bertindak pantas secara peribadi melalui NGO dan agensi terbabit,” ujarnya ketika bercakap pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku dua kali pada 29 Julai dan 6 Ogos lalu telah meragut 113 nyawa, 866 orang cedera, 20,000 pelarian dan 8,000 rumah yang musnah apabila gempa berskala 6.9 manitud itu mengegarkan pulau percutian Lombok dan Bali.
Beliau turut memuji usaha dilakukan NGO Serantau Muslim terhadap kejadian berlaku di Lombok dengan berusaha mengumpukan dana.
Naib Presiden AMANAH itu secara peribadi juga telah menghulurkan derma sejumlah RM10,000 kepada wakil Serantau Muslim hari ini.
Mahfuz turut menyeru orang ramai untuk melancarkan kutipan dana yang diberikan nama sebagai ‘Tabung Air Mata Lombok’ yang disalurkan melalui Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim.
Jelas beliau Serantau Muslim akan mengumpulkan dana bagi tujuan untuk bantuan ubat-ubatan, pek makanan bayi dan pesakit, alas tidur, bekalan air bersih dan beberapa keperluan lain.
Orang ramai boleh menyalurkan bantuan menerusi NGO Serantau Muslim yang akan menghantar semua bantuan kemanusiaan itu dalam dua fasa pada Ogos dan September depan.
“Orang ramai disarankan agar dapat menyalurkan bantuan melalui Serantau Muslim yang akan melalukan misi pertama pada Sabtu ini ke Lombok.
“Kita mengharapkan dengan usaha ini akan dapat menjalinkan ukhwah dan hubungan padu dengan misi bantuan kemanusiaan ini di masa akan datang,” ujarnya.
Sumber: https://malaysiadateline.com/tabung-air-mata-lombok-dilancar-bantu-misi-kemanusiaan-mangsa-gempa/?amp_markup=1[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]