2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

Kenyataan Media: 09 Ogos 2018

[vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2112″ img_size=”large” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

MYANMAR BACUL JIKA MELAMBATKAN PROSES MEMBERI KERAKYATAN ETNIK ROHINGYA

SERANTAU MUSLIM menganggap kerajaan Myanmar adalah pengecut atau bacul jika masih melambatkan proses memberi taraf kewarganegaraan kepada etnik Rohingya walaupun sebelum ini telah didesak banyak kali oleh lain-lain pihak.

SERANTAU MUSLIM bersependapat dengan agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar kerajaan Myanmar dapat menyediakan saluran sewajarnya bagi memudahkan proses pemberian taraf kewarganegaraan kepada etnik Rohingya dan sekali gus menambah baik keadaan di Rakhine.

SERANTAU MUSLIM melihat perjanjian yang dimeterai antara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Myanmar pada awal Jun lalu untuk membenarkan etnik Rohingya yang berstatus pelarian pulang secara sukarela ke Rakhine perlu dilunaskan oleh kerajaan Myanmar. Kerajaan Myanmar perlu menerima etnik Rohingya sewajarnya dan dilayan secara bermaruah.

Jika kerajaan Myanmar masih enggan akur dengan desakan kali ini, SERANTAU MUSLIM perpendapat, Myanmar perlu dikenakan tindakan dan desakan yang lebih tegas agar mereka tunduk dengan gesaan badan dunia itu. Myanmar perlu dikenakan sekatan ekonomi yang dapat melemahkan sistem pemerintahan kerajaan itu agar mereka dapat faham keadaan yang sukar.

SERANTAU MUSLIM berharap seluruh kuasa besar di dunia dan kerajaan Malaysia sendiri untuk menyatakan pendirian tegas melawan keganasan terhadap isu kemanusiaan terutama isu etnik Rohingya ini secara lebih lantang agar Myanmar dapat mempercepatkan proses memberi kerakyatan kepada etnik paling teraniaya ini.

SERANTAU MUSLIM berharap etnik Rohingya yang masih memperjudikan nasib di negara lain dapat menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang di tanah air mereka sendiri.

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]