2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-11-15 at 12.22.06 PM (1)
Info Semasa

Tentera Israel serbu Hospital Al-Shifa

Gaza: Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza Ashraf al-Qidra memberitahu Al Jazeera pada hari Rabu bahawa Israel memaklumkan kepada mereka bahawa akan menyerbu kompleks Hospital Al Shifa.

Qidra berkata pegawai Gaza sudah memaklumkan kepada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah mengenai amaran Israel, lapor Harian Metro.

Ketika ini tentera Israel meminta kumpulan pejuang Hamas yang kononnya berada di dalam hospital itu untuk menyerah diri.

Sementara itu dalam satu kenyataan, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata: “Berdasarkan maklumat risikan dan keperluan operasi, pasukan IDF sedang menjalankan operasi yang tepat dan disasarkan terhadap Hamas di kawasan tertentu di Hospital Shifa.”

Tentera menambah: “Pasukan IDF termasuk pasukan perubatan dan penutur bahasa Arab, yang sudah menjalani latihan khusus untuk bersiap sedia menghadapi persekitaran yang kompleks dan sensitif ini, dengan tujuan supaya tiada bahaya yang ditimbulkan kepada orang awam.”

Israel mendakwa Hamas mempunyai pusat arahan di bawah hospital Al Shifa dan menggunakan hospital serta terowong di bawahnya untuk menyembunyikan operasi ketenteraan dan menahan tebusan.

Hamas sudah menafikan perkara itu.

Amerika Syarikat berkata pada hari Selasa bahawa perisikannya sendiri menyokong kesimpulan tersebut.