2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-11-15 at 12.22.36 PM
Info Semasa

Kenyataan Rumah Putih ‘lampu hijau’ pembunuhan beramai-ramai di Gaza – Hamas

Gaza: Hamas menegaskan bahawa kenyataan Rumah Putih yang mendakwa kumpulan pejuang itu mempunyai pusat kawalan di Hospital Al-Shifa di Gaza menjadi ‘lampu hijau kepada Israel untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan menyasarkan kemudahan perubatan di wilayah itu.

Menurut Harian Metro yang dipetik dari kenyataan Hamas, kenyataan Rumah Putih telah memberi ‘lampu hijau’ kepada pendudukan Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan kejam yang menyasarkan hospital.

“Ia dengan matlamat untuk memusnahkan sistem penjagaan kesihatan Gaza dan memindahkan penduduk Palestin.

“Amerika Syarikat (AS) memikul tanggungjawab secara langsung untuk membolehkan perang genosid Israel ke atas Gaza.

Reaksi itu muncul sejurus selepas jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby yangn mendakwa kumpulan Islam itu mempunyai nod arahan dan kawalan di Hospital Al-Shifa di Gaza.