2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-11-15 at 8.59.11 PM
Info Semasa

Israel sudah tidak tahan dengan asakan dunia henti perang di Gaza

Menteri Luar Israel mengakui tekanan antarabangsa terhadap Israel akan meningkat dalam tempoh dua atau tiga minggu berikutan serangannya ke atas Gaza.

Menurut laporan Utusan yang dipetik dari akhbar Jerusalem Post, Israel hanya mempunyai dua atau tiga minggu sebelum ia kalah dalam pertempuran diplomatik di pentas antarabangsa untuk menghentikan perang ke atas Gaza.

Dalam laporan itu, Israel sedar bahawa tekanan telah mula ditanggung ke atasnya walaupun tekanan tidak begitu tinggi (sekarang), tetapi ia semakin meningkat.

Bagaimanapun, operasi ketenteraan Israel di Gaza tidak akan berhenti sehingga kumpulan Palestin Hamas dihapuskan dan tawanan yang ditahan di Gaza dibebaskan.

Sehingga kini lapan negara mengambil langkah diplomatik terhadap Israel, termasuk memanggil balik duta mereka dari Tel Aviv, katanya.

Negara-negara berkenaan ialah Bolivia, Chad, Chile, Columbia, Honduras, Jordan, Turkiye dan Afrika Selatan, menurut The Jerusalem Post.

Diplomat tertinggi Israel itu juga berkata kementeriannya bimbang 13 hingga 14 lagi negara boleh mengambil sikap serupa.

“Kami berhubung rapat dengan negara-negara tersebut untuk mengelakkan kerosakan kepada hubungan kami dengan mereka,” katanya.

Ketika serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza memasuki hari ke-38, sekurang-kurangnya 11,180 rakyat Palestin telah terbunuh, termasuk lebih 7,700 kanak-kanak dan wanita, dan lebih 28,200 yang lain telah cedera, menurut angka terkini daripada pihak berkuasa Palestin.

Beribu-ribu bangunan, termasuk hospital, masjid dan gereja, juga telah rosak atau musnah dalam serangan udara dan darat yang tidak henti-henti Israel ke atas kawasan yang dikepung sejak bulan lalu.