2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-08-15 at 3.31.39 PM
Aktiviti SMInfo Semasa

SM BANTU 40 IBU TUNGGAL DI YAMAN, BERI PELUANG JANA PENDAPATAN

Kesan daripada konflik dan peperangan di Yaman telah menyebabkan ramai ibu menjadi balu, mereka kehilangan ketua keluarga akibat syahid di dalam pertempuran.

Ia menyebabkan mereka menghadapi kebuntuan untuk meneruskan kehidupan, keluarga-keluarga ini hilang punca pendapatan, mahal mereka terpaksa menjadi pelarian di dalam negara mereka sendiri.

SM mengambil tanggungjawab untuk membuka ruang dan peluang kepada ibu-ibu tunggal ini menjana pendapatan dengan menyumbang kelengkapan mesin jahit.

Kira-kira 40 orang ibu tunggal telah terpilih untuk menerima sumbangan ini, mereka adalah dari kalangan pelarian di kem di Marib, Yaman.

SM tidak hanya fokus kepada bantuan one off seperti bantuan makanan, tetapi memikirkan perkara yang lebih besar itu memberi nafas baharu kepada pelarian-pelarian ini untuk menjana pendapatan.