2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-08-14 at 11.28.23 AM
Aktiviti SMInfo Semasa

Misi Kemanusiaan Sejiwa Bersama Serantau Muslim.

SABAH, Talungan – Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) meneruskan Misi Kemanusiaan di negeri Sabah dengan menyantuni penduduk kampung Talungan Telipok.

Walaupun kedudukan kampung ini hanya terletak kira-kira 35 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu namun ia masih sukar dimasuki berikutan laluan ke sana sebahagiannya tidak berturap.

Maklumat asnaf di kampung itu telah diperolehi melalui tinjauan rakan NGO Kelab Land Rover Sabah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Kota Kinabalu.

Dengan maklumat yang diperolehi, Serantau Muslim telah menyumbang sejumlah 21 set bakul makanan kepada asnaf yang disenaraikan amat memerlukan bantuan.

Ketua Kampung Talungan, Puan emie Mengucapkan terima kasih kepada Serantau Muslim di atas bantuan berkenaan.

“Saya amat terharu dengan sumbangan ini dan ini adalah pertama kali, pihak kampung ini menerima sumbangan daripada NGO Muslim,” katanya

Semua barangan bantuan di bawa masuk ke kampung itu dengan bantuan kenderaan pacuan empat roda dari Kelab Land Rover Sabah.

Sumbangan kepada golongan asnaf di kampung itu telah disampaikan oleh Sukarelawan Serantau Muslim, Idzham Hadi Sidik dalam satu majlis ringkas di dewan serbaguna kampung berkenaan.