2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-08-12 at 8.37.30 PM
Aktiviti SMInfo Semasa

Perjalanan misi kemanusiaan Untuk Mu Yaman penuh dengan onak dan duri

Perjalanan misi kemanusiaan #untukmuyaman penuh onak dan duri. Walaupun begitu, misi ini diterusan dengan penuh semangat oleh semua ahli misi antaranya, Ustaz Mohd Hakim, Ustazah Isfadiah, Farah Lee, Muhamad Faeez dan Mohd Haziq Syazwan.

Pergerakan ahli misi dijaga rapi oleh pegawai keselamatan iringan kerana lokasi yang bakal dilalui ialah zon perang dan kawasan yang berisiko.

Walaupun dalam keadaan yang berisiko, ahli misi menyampaikan satu persatu bantuan kepada yang memerlukan.

Pasukan Serantau Muslim menyantuni penduduk di sana tanpa mengira soal budaya mahupun perbezaan bahasa.

Bekalan makanan asas, air bersih, sedekah daging dan kelengkapan sekolah telah disalurkan kepada yang memerlukan.

Sebanyak 30 buah lori yang memuatkan 500 liter air telah diagihkan kepada penghuni di kem di Marib, Yaman.

Dalam pada itu, pasukan Serantau Muslim dapat melihat dan mengetahui secara jelas keperluan sebenar penghuni kem di sana.

Buat makluman semua, kira-kira 196 buah kem berada di sekitar Marib.

Bagi kelengkapan sekolah, Serantau Muslim telah menyumbangkan beberapa barangan kelengkapan sekolah. Antaranya ialah meja, almari, kerusi, kipas, bakul dan sebagainya kepada sekolah di Kem Suwaidah.

Selain itu, ahli misi tidak ketinggalan untuk turut menyembelih dua ekor unta dan dua ekor kambing untuk disumbangkan kepada pelarian Yaman menerusi program Sedekah Daging.

Makanan siap dimasak turut dimasak dan diagihkan kepada penduduk di sekitar kem. Menu yang dimasak ialah nasi arab daging unta dan daging kambing. Juadah tersebut telah diagihkan kepada penghuni-penghuni kem di sana.

Manakala ibu-ibu yang kehilangan punca pendapatan dan tempat bergantung, Serantau Muslim menaja 40 unit mesin jahit untuk digunakan bagi kelangsungan hidup mereka.

Ayuh sama-sama segala apa yang disumbangkan kepada penduduk Yaman diganjari pahala oleh Allah SWT dan kempen untukmuyaman.com terus mendapat perhatian komuniti dunia.

Teruskan menyokong usaha Serantau Muslim dalam pelbagai kempen kemanusiaan, antaranya untukmuyaman.com, untukmusyria.com, untukmupalestin.com, dan sebagainya.

Layari www.serantaumuslim.org.my untuk sebarang maklumat lanjut.