2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-08-07 at 3.38.29 PM
Aktiviti SMKenyataan Media

SERANTAU MUSLIM KONGSI PENGALAMAN KEMANUSIAAN BERSAMA PELAJAR MALAYSIA DI MESIR

Kaherah: Sebelum memasuki negara Yaman, Serantau Muslim telah mengadakan program ramah mesra dan perkongsian bersama pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.

Kira-kira 100 orang pelajar telah menghadiri program yang diadakan di Wisma Perak Baitul Ridzuan malam tadi.

Perkongsian tersebut berkisarkan tentang peranan, ruang dan pengalaman berkaitan aktiviti kemanusiaan dan sukarelawan.

Ahli panel program tersebut ialah Pengerusi Serantau Muslim, Ustaz Hakim Mohd Nor; Duta Rasmi Serantau Muslim, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki; dan aktivis kemanusiaan, Farah Lee.

Program itu dianjurkan dengan kerjasama Majlis Perundingan Mahasiswa Malaysia Mesir (MP3M) dan Pejabat Atase Pendidikan Perak.

Ia telah dirasmikan Setiausaha Pertama (Politik) Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Mohammad Izwan Sanusi.

Difahamkan ini adalah program kali pertama perkongsian seperti ini yang dianjurkan oleh NGO bersama pelajar.

Rata-rata pelajar memberi respon yang sangat positif, mereka sangat gembira dan teruja dengan perkongsian yang diberikan oleh ahli-ahli panel.

Dalam majlis itu, Serantau Muslim telah menyampaikan sumbangan baucer subsidi kotak kargo untuk 250 orang pelajar Malaysia di Mesir.