2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-11-06 at 10.17.02 AM
Info SemasaKenyataan Media

Serantau Muslim bersama-sama jayakan Ops Ihsan 1.0 seberat 20 tan ke Gaza

Melaka: Serantau Muslim bersama-sama menjayakan Ops Ihsan bagi menghantar bantuan kecemasan kepada penduduk Palestin yang sangat memerlukan.

Setelah tertangguh hampir seminggu, kumpulan pertama bantuan Malaysia untuk Gaza akhirnya dihantar menerusi satu penerbangan sewa khas dua hari lalu.

Ia melibatkan pelbagai barangan berjumlah 20 tan daripada keseluruhan 50 tan yang berjaya dikumpul 44 buah badan bukan kerajaan (NGO) tempatan seperti Serantau Muslim, MAPIM, Haluan dan lain-lain NGO menerusi Ops Ihsan di Dengkil, Selangor.

Kerja-kerja pengasingan, pembungkusan dan penghantaran dilakukan oleh sukarelawan-sukarelawan dari pelbagai NGO dalam Malaysia yang terdiri daripada staf-staf Serantau Muslim, sukarelawan-sukarelawan dari Haluan dan sebagainya yang turut menjadi sebahagian penggerak kepada usaha ini.

Proses pemunggahan barang bantuan di terminal kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjalan lancar sebelum meneruskan penerbangan ke Al-Arish, Mesir.

Kesemua barangan tersebut diangkut sebuah pesawat Boeing 737-81Q milik syarikat kargo udara tempatan, World Cargo Airline Sdn. Bhd. dengan plat pendaftaran 9M-WCA.

Acara pelepasan berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan disaksikan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. Turut bersama-sama dalam acara pelepasan ialah Pengerusi Serantau Muslim, Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Mohd Hakim Haji Mohd Nor.

Secara keseluruhan, kesemua barangan untuk misi bantuan itu bernilai hampir RM7 juta dan Ops Ihsan yang dilancarkan bulan lalu turut disokong oleh pihak Kementerian Luar.

Penghantaran kali kedua dijadualkan pada minggu depan dan sumbangan ini diterbangkan terus ke Al-Arish, Mesir sebelum dibawa pula dengan sejumlah trak ke wilayah Gaza.

Barangan kemanusiaan itu akan diserahkan kepada pihak Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir sebagai rakan kerjasama yang menyelia penghantaran melalui sempadan Rafah.

Sekretariat Ops Ihsan yang dikendalikan Global Peace Mission, Serantau Muslim dan NGO-NGO dari Malaysia ini mula dibentuk ekoran serangan berdarah balas dendam askar rejim Israel pada 7 Oktober lalu.