2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-07-27 at 10.39.19 PM
Info Semasa

Lebih separuh penduduk Yaman kebuluran

Kadar kebuluran membabitkan jutaan rakyat Yaman dilaporkan semakin meningkat, ekoran kekurangan bantuan kepada negara bergolak itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam satu kenyataan berkata, rata-rata keluarga di Yaman kelaparan akibat pemotongan bantuan makanan.

Katanya, lebih separuh daripada empat juta penduduk Yaman yang dipindahkan ke kawasan dikategorikan sebagai darurat makanan.

“Berjuta-juta rakyat akan menerima kesan daripada pengurangan catuan makanan,” kata UNHCR yang merujuk agensi bantuan PBB di Yaman termasuk Program Makanan Sedunia kini kehabisan dana.

Yaman telah dilanda pergolakan dan ketidakstabilan sejak 2014, apabila pemberontak Houthi yang bersekutu dengan Iran menawan sebahagian besar negara itu, termasuk Sanaa.

Gabungan diketuai Arab Saudi yang bertujuan mengembalikan semula kerajaan Yaman telah memburukkan lagi keadaan pergolakan di negara itu.