2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp-Image-2023-04-01-at-6.13.27-AM
Aktiviti SMInfo Semasa

SERANTAU MUSLIM ANJUR TAJABERBUKA DI SABAH

Sabah, 1 April – Serantau Muslim sedang menjalankan misi tiga hari dua malam di beberapa daerah di Sabah. Misi ini dijalankan bagi menyantuni para asnaf dan anak yatim yang berada di sana dalam program Tajaberbuka.com.

Misi yang akan berakhir 2 April ini telah melibatkan beberapa organisasi seperti Jabatan Mufti Negeri Sabah, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Ahli Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Pada petang Jumaat, Serantau Muslim akan mengagihkan pek makanan untuk keluarga dan mengadakan majlis berbuka puasa serta membuat agihan pek iftar (makanan siap dimasak) untuk 1,500 orang penerima yang terdiri daripada golongan yang memerlukan.

Jumlah keseluruhan sumbangan yang diagihkan ialah sebanyak RM120,000.

Misi Tajaberbuka.com di Sabah ini bukan hanya tertumpu di Kota Kinabalu malah akan ke beberapa lagi daerah seperti Pulau Gaya, Kundasang, Ranau, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau.

Pagi semalam (Jumaat), Serantau Muslim bersama-sama sukarelawan telah Pulau Gaya bagi menyampaikan pek makanan untuk keluarga yang memerlukan.

Buat makluman, dalam program tajaberbuka, lebih kurang 18 buah negara (14 buah negara Asean, Syria, Palestin, Yaman, Afghanistan) telah disantuni melalui rangkaian strategik Serantau Muslim dan sukarelawan Serantau Muslim sendiri.

Selain itu, Serantau Muslim turut memperkenalkan projek terbaru dari Serantau Muslim yang diberi nama sebagai The Next Uthman (TNU) dalam pertemuan dengan penduduk di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu pada petang ini. TNU adalah satu inisiatif yang dijalankan oleh Serantau Muslim untuk menggalakkan para penderma untuk ’upgrade’ atau meningkatkan amalan sedekah yang dilakukan.

Medium yang diwujudkan ini adalah untuk menggalakkan amalan sedekah secara konsisten melalui potongan bank secara bulanan dan sekali gus dapat menteladani amalan Saidina Uthman bin Affan yang mana hasil waqaf dan sedekah yang dilakukan beliau masih kekal sehingga hari ini dan telah memberi manfaat kepada sejagat walaupun beliau telah tiada di dunia ini lagi.

Majlis pada petang semalam dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, diikuti oleh pengerusi Serantau Muslim, Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor, SS Datuk Ustaz Hj Bungsu @ Aziz bin Hj Jaafar.

Serantau Muslim tidak ketinggalan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam program kali ini. Didoakan agar segala dipermudahkan.