2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-04-03 at 10.03.25 AM
Info Semasa

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan iftar

KARACHI – Suasana pilu menyelubungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai Ramadan di Karachi, Pakistan.

Menurut laporan Sinar Harian, rempuhan tersebut berlaku apabila ratusan wanita dan kanak-kanak mula menolak antara satu sama lain untuk mengambil makanan di luar sebuah kilang di bandar itu.

Pemilik perniagaan di kawasan perindustrian tersebut sering menghulurkan wang tunai dan makanan pada bulan Ramadan kepada golongan miskin.

Sekurang-kurangnya 11 wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam rempuhan di bandar pelabuhan selatan Pakistan pada Jumaat itu.

Ketika ini, Pakistan bergelut dengan kenaikan harga makanan.