2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

SERANTAU MUSLIM ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT MENGHADAP TYT NEGERI MELAKA

Melaka, 3 Julai – Serantau Muslim telah mengadakan satu kunjungan hormat menghadap Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri (Dr) Hj Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka pagi ini.

Tujuan utama perjumpaan adalah bagi menjayakan program yang bakal dilaksanakan untuk kemajuan rakyat Melaka. Kunjungan hormat berkenaan diawakili oleh Ustaz Mohd Hakim selaku Pengerusi Serantau Muslim serta Siti Zulaikha Aiyub, Penolong Pengurus Besar, Nurfarahin Ahmad Osman, Pengurus Projek dan Muhammad Faeez Azahar, Pegawai Media Serantau Muslim.

Kunjungan tersebut juga turut dihadiri oleh wakil Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), YBhg. Datuk Wira Dr Hj Mohd Jamil bin Mukmin, Naib Pengerusi DMDI (Pemangku Pengerusi DMDI), YBhg. Datuk Wira Zainal bin Hussin, Pengurus Besar Yayasan DMDI dan Puan Hazelen binti Talib, Pengurus Besar Sekretariat DMDI.

Serantau Muslim berharap segala yang dibincangkan bakal direalisasikan demi kemajuan penduduk tempatan di sini.

#SerantauMuslim