2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

SERANTAU MUSLIM BERSAMA MENTERI TURUN PADANG SANTUNI RAKYAT DALAM PROGRAM KEMBARA PRIHATIN PASCA COVID-19

Melaka – Serantau Muslim telah menganjurkan Program Kembara Prihatin Pasca Covid-19 bersama YAB Datuk Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam. Program tersebut telah dilaksanakan pada Jumaat lalu di Lendu, Melaka.

Program yang menyasarkan golongan kurang berkemampuan itu turut dihadiri oleh Encik Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Pengerusi Yayasan DMDI dan Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor, Pengurus Besar Serantau Muslim serta beberapa orang kakitangan Serantau Muslim.

Antara tujuan utama program tersebut ialah meringankan beban mereka yang memerlukan selepas wabak COVID-19 melanda negara kita sejak Mac lalu.

Serantau Muslim berharap program yang terjalin ini akan mengukuhkan lagi perpaduan dan kesatuan dalam kalangan rakyat, pemimpin dan organisasi bukan kerajaan.