2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-12-05 at 10.32.55 AM
Aktiviti SMInfo Semasa

SELAMAT HARI SUKARELAWAN ANTARABANGSA

Hari Sukarelawan Antarabangsa (International Volunteer Day) disambut setiap 5 Disember merupakan pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1985.

Dari sudut pandangan Islam, sukarelawan bermakna memberi khidmat bakti kepada manusia lain dengan hati yang ikhlas kerana Allah SWT.

Islam memberikan petunjuk yang amat menggalakkan akan amalan kesukarelaan melalui ayat al-Quran yang merujuk konsep fastabiqul khairat, iaitu berlumba-lumbalah berbuat kebajikan.

Firman Allah Subhanahuwata‘ala:

يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡخَيۡرَٰتِۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ

Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan, mereka itu termasuk orang yang soleh.

(Surah Al-Imran : 114)