2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

SALAM NUZUL AL-QURAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM: SERANTAU MUSLIM (22 MEI 2019)

SERANTAU MUSLIM (SM) INGIN MENGUCAPKAN SALAM NUZUL AL-QURAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.

Serantau Muslim (SM) ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam.

Peristiwa Nuzul Al-Quran memberi makna begitu besar kepada umat Islam di sepanjang zaman kerana Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai sumber hidayah, rahmat, syifa’ (penawar) dan memberi penjelasan kepada manusia.

Selain itu, Al-Quran adalah mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dengan segala sifat-sifat kesempurnaan.

Justeru, SM menyarankan umat Islam tidak melupakan peristiwa bermakna ini dan sentiasa melazami kalamullah yang agung ini setiap masa kerana mukjizatnya cukup besar bukan hanya di dunia malah di akhirat jua.

Melalui penghayatan Al-Quran, seseorang dapat membezakan antara perkara yang benar dan salah kerana Al-Quran itu sendiri dianggap an-Nur (cahaya) yang menerangi dan Al-Furqan (yang dapat membezakan) antara hak dan batil.

 

‘Persaudaraan Rentas Sempadan’

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar,
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim