2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-01-11 at 10.17.53 AM (1)
Uncategorized @ms

Ribuan tunjuk perasaan desak Maghribi putus hubungan dengan Israel

Kira-kira 10,000 orang menyertai tunjuk perasaan pro-Palestin di Rabat bagi mendesak Maghribi memutuskan hubungan dengan Israel.

Dalam laporan Berita Harian menyatakan bahawa tunjuk perasaan itu adalah antara yang terbesar di Rabat sejak tercetus peperangan di Gaza pada Oktober lalu, dengan peserta lelaki berarak berasingan dengan golongan wanita.

Mereka mengibarkan bendera Palestin, selain membawa plakad yang antara lain tertera ‘lawan sampai menang’, ‘hentikan normalisasi Kerajaan Maghribi dengan Israel’ dan ‘bebaskan Palestin.’

Selain itu, penunjuk perasaan turut menggesa supaya memboikot jenama yang didakwa menyokong Israel.

Pada 2020, Maghribi bersetuju memperkukuh hubungan dengan Israel melalui perjanjian diusahakan pentadbiran Amerika Syarikat bawah Presiden Donald Trump ketika itu.

Perjanjian itu merangkumi pengiktirafan Washington terhadap kedaulatan Maghribi ke atas wilayah yang dipertikaikan, Sahara Barat