2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-01-11 at 10.17.53 AM
Uncategorized @ms

ICC sahkan siasatan jenayah perang ke atas wartawan di Gaza

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kemungkinan jenayah perang terhadap wartawan ketika pencerobohan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza.

Meninjau laporan Berita Harian, Reporters sans frontieres – Reporters Without Borders (RSF) telah memfailkan aduan jenayah perang dengan ICC berhubung kematian wartawan Palestin yang terbunuh dalam pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza.

Pejabat pendakwa ICC, Karim Khan, turut memberi jaminan bahawa jenayah terhadap wartawan termasuk dalam siasatannya ke atas Palestin.

“Hari ini (semalam) saya mengesahkan permulaan oleh Pejabat Pendakwa ICC bagi penyiasatan berhubung situasi di Palestin.

“Siasatan akan meliputi jenayah dalam bidang kuasa mahkamah yang didakwa dilakukan dalam situasi itu sejak 13 Jun 2014, tarikh rujukan dibuat dalam rujukan situasi ke pejabat saya,” umum ICC.

Pencerobohan tentera Israel yang berterusan ke atas Gaza setakat ini mengakibatkan kematian 106 wartawan dan pekerja media.

Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan yang mendalam mengenai ‘jumlah tinggi’ wartawan Palestin yang terbunuh di Semenanjung Gaza, berikutan kematian dua wartawan yang bekerja untuk Biro Gaza Al-Jazeera pada 7 Januari lalu.

Sebelum ini, dua wartawan Palestin, Hasouna Salim dan Sari Mansour terbunuh selepas tentera rejim Zionis membedil kem Bureij di tengah Gaza.

Menurut data dikeluarkan Pejabat Media Palestin, seramai 56 pengamal media terkorban sama ada semasa membuat liputan di kawasan konflik mahupun terbunuh ketika berada di rumah sejak konflik perang itu tercetus 7 Oktober lalu.