2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-01-11 at 10.17.54 AM
Uncategorized @ms

25 juta rakyat Sudan perlu bantuan kemanusiaan – PBB

Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai penderitaan manusia yang semakin teruk di Sudan akibat konflik yang berterusan di negara itu.

Menerusi laporan Berita Harian yang dipetik dari Agensi Anadolu, dilaporkan bahawa di seluruh Sudan, hampir 25 juta penduduk akan memerlukan bantuan kemanusiaan pada 2024. Tetapi realiti yang suram ialah pertempuran yang semakin sengit menyebabkan kebanyakan mereka berada di luar jangkauan kami.

Apabila konflik merebak, penderitaan manusia semakin mendalam, akses kemanusiaan semakin berkurangan dan harapan (ke arah keamanan) semakin pudar. Ini tidak boleh diteruskan.

Menegaskan peningkatan keganasan juga menjejaskan kestabilan serantau, Martin Griffiths menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya mereka yang mempunyai pengaruh terhadap pihak yang terlibat dalam konflik, untuk mengambil tindakan “tegas dan segera” untuk menghentikan pertempuran dan melindungi bantuan kemanusiaan.

Beliau berkata konflik itu mencetuskan krisis kehilangan tempat tinggal terbesar di dunia, menjejaskan lebih tujuh juta penduduk.

Menurut beliau kira-kira 1.4 juta daripada jumlah itu telah melarikan diri ke negara jiran yang telah pun menempatkan pelarian dalam jumlah yang ramai.

“Bagi rakyat Sudan, 2023 adalah tahun penderitaan. Pada 2024, pihak yang terlibat dalam konflik mesti melakukan tiga perkara untuk menamatkannya – melindungi orang awam, memudahkan akses kemanusiaan dan menghentikan pertempuran serta-merta.”

Sudan telah terperangkap dalam konflik antara tentera Sudan dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 12,260 penduduk terbunuh manakala lebih 33,000 lagi cedera.

Beberapa perjanjian gencatan senjata yang ditaja oleh Arab Saudi dan Amerika Syarikat telah gagal menghentikan keganasan itu.