2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-07-02 at 11.29.24 PM
Aktiviti SMKenyataan MediaQURBANMUDAH

Rakyat Malaysia bawa coklat Kedai Eco di Uganda, gelagat ratusan budak-budak ini bikin ramai sebak

UGANDA: Misi Qurban Mudah anjuran Serantau Muslim di negara Uganda telah menghadirkan pelbagai kenangan dan pengajaran yang sangat bermakna kepada kita semua.

Serantau Muslim telah mendedahkan realiti masyarakat Islam di sana yang hidup dalam serha kekurangan dan kedhaifan.

Dengan jumlah kurang 14 peratus daripada keseluruhan rakyat di negara itu, masyarakat Islam di Uganda kurang diambil perhatian, sedangkan negara mereka adalah antara negara yang mengalami kemelut yang besar dan masalah kebuluran yang sangat tinggi.

Selain menganjurkan program qurban di sana, Serantau Muslim telah menelusuri kehidupan masyarakat di negara itu.

Dengan semangat yang penuh empati, team Serantau Muslim yang diketuai oleh dutanya, Dai’ Afiqah Mahmud, serta dua orang sukarelawan kental iaitu Nurfarahin Osman dan Haziq Syazwan, mereka melihat secara langsung situasi yang mengharukan di mana masyarakat muslim disana hidup dalam serba kesempitan.

Mereka telah menyantuni anak-anak muslim Uganda dengan memberikan bantuan berupa jajan dan coklat.

Namun, jumlah bantuan yang mereka bawa terbatas, sementara bilangan anak-anak yang ada disitu sangat luar biasa ramai.

Seperti ayam yang berebut dedak, mereka saling berebut dan berdesakan, dengan harapan mendapatkan sebatang coklat, sebungkus jajan daripada team Serantau Muslim.

Yang menarik, coklat yang diberikan oleh team Serantau Muslim itu dibeli di Kedai Eco di Malaysia, kedai ini terkenal dengan harga yang sangat murah, tetapi bagi anak-anak Uganda yang hidup dalam kekurangan, coklat dan jajan tersebut memiliki makna yang jauh mendalam.

Meski di Malaysia mungkin dianggap sebagai sesuatu yang biasa dan murah, bagi mereka anak-anak ini setiap batang coklat dan sebungkus jajan tersebut memiliki nilai yang tak ternilai.

Gelagat anak-anak tersebut membuat siapa pun yang melihatnya sayu dan sebak. Mereka berjuang dengan kelaparan dan mengharapkan secebis kebahagiaan melalui jajan dan coklat yang diberikan oleh Team Serantau Muslim.

Di wajah anak-anak kecil yang comel itu, terpancar rasa sejuta pengharapan dan kegembiraan di antara mereka, kerana bantuan tersebut merupakan satu anugerah yang tidak ternilai.

Keberadaan Team Serantau Muslim untuk menyantuni masyarakat Islam di Uganda mengungkapkan satu makna yang sungguh mendalaman, semuanya memancarkan rasa kasih yang ikhlas dari sanubari.

Pengalaman daripada Serantau Muslim ini mengajarkan kita untuk tidak melupakan nilai dan makna dalam setiap usaha kebaikan yang kita lakukan. Meskipun sesuatu mungkin tampak sederhana atau murah, tetapi barangkali bagi orang lain ia satu perkara yang sangat berharga.

Walau Malaysia dan Uganda jauh di dalam peta dunia, tetapi hati sentiasa dekat. Apa yang mereka lalui adalah tanggungjawab kepada kita. Persaudaraan itu merentasi apa jua sempadan.