2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
28aa15e1-9e18-4efe-ad30-e021088c8788.jpg
Info Semasa

Program Tajaberbuka di Malaysia Berjalan Lancar Sepanjang 10 hari Ramadhan

13 April 2022- Malaysia merupakan salah sebuah negara yang telah disantuni NGO Serantau Muslim sepanjang Ramadhan 2022. *Serantau* Muslim telah menyasarkan anak-anak yatim, golongan fakir miskin dan warga emas dalam program tajaberbuka kali ini.

*Alhamdulillah* sepanjang 10 hari *pertama* Ramadhan lalu, Serantau Muslim telah berjaya menyantuni pelbagai institusi dan kawasan -kawasan yang mempunyai penduduk yang kurang berkemampuan. Dalam agihan ini, sebahagian mereka telah menerima kotak makanan berupa keperluan makanan ruji rakyat Malaysia dan juga juadah berbuka atau pek iftar.

Mereka yang menerima bantuan kotak makanan ialah penduduk asnaf di Kampung Bukit Kecil Melaka (25 kotak), pelajar asnaf di Sekolah Menengah Seri Mahkota (20 kotak), pelajar miskin di Sekolah Kebangsaan Paya Redan Melaka (20 kotak), penduduk miskin di Kampung Ulu Slim Perak (30 kotak), penduduk asnaf di Batu Gajah, Perak (20 kotak), pelajar asnaf di Sekolah Rendah Agama Air Merbau, Jasin (25 kotak), penduduk asnaf di Manjoi, Perak (30 kotak), warga emas dan pesakit yang uzur di seluruh negeri Perak (20 kotak), penduduk asnaf di Hulu Selangor (100 kotak), penduduk miskin di Gerik. Perak (100 kotak), penduduk di sekitar Masjid Al Kausar, Umbai (110 kotak), pelajar Tahfiz Darus Syabab Kepong, Kuala Lumpur (20 kotak) dan penduduk asnaf di sekitar Ipoh (20 kotak). Kesemua penerima ini bermula 1 Ramadhan hingga 10 Ramadhan 1443 Hijrah bersama 3 April hingga 13 April 2022.

Manakala pek iftar telah diagihkan kepada anak-anak di Rumah Anak Yatim / Miskin Fatimah Al Zaharah Bukit Katil, Melaka (30 pek), para pelajar di Madrasah Tahfizul Al Quran Al Fahim Bukit Larang (34 pek), penghuni di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis Arau Perlis (37 pek), para pelajar di Madrasah Darul Ulum Pasir Puteh Kelantan (90 pek), para pelajar di Madrasah Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Telok Mas, Melaka (128 pek), murid-murid di Sekolah Rendah Agama Air Merbau Jasin (410 pek), pelajar di Madrasah Tahfiz Darus Syabab Kepong, Kuala Lumpur (1,160 pek), para pelajar di Tahfiz Ibnu Hajar Durian Tunggal, penghuni Rumah Bakti Nur Syaheera Selangor (102 pek), penghuni di Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah Banting Selangor (123 pek), penghuni Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa’ Siti Aminah Wakaf Bharu Kelantan (96 pek), penghuni Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-orang Tua (Islam) Titian Abadi Lahat Perak (78 pek), para pelajar Tahfiz Arrosyidi Wa Dirasatud Din Ayer Molek Melaka (144 pek), penghuni Pusat Jagaan Insan Istimewa Sri Manja (47 pek), murid-murid SRA Jaim Bukit Lintang (210 pek), para pelajar Madrasah Tahfiz Saidina Ali Kampung Rinching Selangor (130 pek) dan para pelajar di bawah kelolaan Kelab Seketriat Rakan Muda (USIM) (100 pek).

Program tajaan ini diteruskan sehingga akhir Ramadhan dan di lokasi yang berbeza. Serantau Muslim ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para penyumbang dan didoakan agar sentiasa dalam rahmat Allah Subhanahu Wa Taala. Melalui sumbangan ini, kesemua mereka yang memerlukan dapat merasa keindahan persaudaraan sesama ummah lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Terus ikuti perkembangan sosial media rasmi Serantau Muslim bagi melihat perkembangan terkini dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Semoga segala yang telah disedekahkan, menjadi saham akhirat yang terbaik kepada seluruh yang menyumbang bersama Serantau Muslim. | #tajaberbuka.com