2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
bbf9bd68-95f3-4910-8420-507f9ac45a13.jpg
Info Semasa

Peguam Palestin, 2 remaja maut ditembak tentera Zionis

RAMALLAH: Seorang peguam Palestin antara tiga maut ditembak tentera zionis Israel di Tebing Barat semalam, dengan dua lagi mangsa adalah remaja.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Mohammed Assaf, 34, seorang peguam yang bekerja untuk sebuah jabatan Pertubuhan Pembebasan Palestin yang mendokumenkan dan melobi penentangan aktiviti penempatan Israel, terbunuh akibat tembakan di Nablus, di jalan utama berhampiran Makam Joseph

Seorang pegawai dari unit antipenempatan Petubuhan Pembebasan Palestin (PLO) berkata, Assaf menghantar anak saudaranya ke sekolah berhampiran dan berhenti di tepi jalan untuk menyaksikan satu pertempuran yang meletus di kawasan kubur terbabit.

Tentera dalam satu kenyataan semalam bagaimanapun berkata seorang ‘suspek bersenjata’ dipukul berhampiran Nablus, namun tidak jelas sama ada ia merujuk kepada Assaf.

Pihak tentera Israel mendakwa mereka menjalankan operasi aman di kawasan sekitar kubur terbabit semasa kerja pembaikan dijalankan dan mendakwa ratusan rakyat Palestin membaling batu serta bom petrol.

Tentera juga bertindak balas dengan tembakan langsung dan langkah meleraikan rusuhan.

Dalam kejadian berasingan, Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan askar turut menembak dan membunuh seorang remaja berusia 14 tahun berhampiran Bethlehem, namun tentera Israel mendakwa, mangsa melemparkan bom petrol ke arah tentera, yang ‘menggunakan peluru hidup untuk menghentikan ancaman segera.

Berhampiran Ramallah pula, kementerian sama berkata, seorang lagi warga Palestin terbunuh dalam pertempuran tercetus selepas tentera Israel melakukan serbuan penangkapan.

Namun tiada kenyataan segera daripada tentera atau polis Israel.

Rakaman video menunjukkan puluhan rakyat Palestin membaling batu ke arah kenderaan perisai Israel dan sekali-sekala tembakan kedengaran.

Perkhidmatan keselamatan domestik Shin Bet berkata, tiga rakyat Palestin yang merancang untuk melakukan serangan sudah diberkas dalam serbuan itu, dengan kira-kira 20 orang yang disifatkan sebagai suspek pengganas turut ditahan.

Sumber: BH