2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

PERLAWANAN PERSAHABATAN UKHWAH SERANTAU MUSLIM BERSAMA ARTIS TANAH AIR JULUNG KALI DIADAKAN

Shah Alam – Serantau Muslim bersama lebih 30 orang artis dan ‘influencer’ tanah air telah mengadakan perlawanan persahabatan di Matsushita Panasonic, Shah Alam, Selangor pada 25 Julai lalu.

Program ini adalah salah satu inisiatif Serantau Muslim bagi membina ukhwah bersama artis bagi menggalakkan lagi kerjasama pada masa akan datang.

Program yang dibuat di stadium tertutup tanpa penonton ini juga bakal melancarkan satu misi khas Serantau Muslim yang bakal dilaksanakan pada November depan yang mana misi tersebut ialah untukmusyria.com.

Secara tidak langsung, perlawanan ini dapat membantu saudara Islam kita di Syria kerana pelancaran kutipan dana buat rakyat Syria yang terjejas akan diumumkan dalam program ini nanti.

Dalam perlawanan ini, antara rakan artis yang turun padang ialah Raqib Majid, Shah Slam, Fakrul UNIC, Atue Zero dan ramai lagi.

Manakala ‘influencer’ tanah air yang turut menyertai perlawanan tersebut ialah Taufiq Razif, Fazli Salleh, IM Hassan, Asri Ahmad dan banyak lagi.

Serantau Muslim juga diwakili sendiri oleh Pengerusinya, Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor, Ahli Jawatankuasa Serantau Muslim serta beberapa orang kakitangan lelaki.

Serantau Muslim berharap program yang julung kali diadakan ini berjalan lancar.

Serantau Muslim juga yakin, dengan mematuhi segala saranan Kementerian Kesihatan yang mana tidak membuka kepada umum dan tidak melebih 44 orang peserta dalam satu-satu masa, Insha’Allah segalanya akan berjalan lancar dan selamat.

Justeru, Serantau Muslim berharap perlawanan ini membawa 1001 kebaikan kepada semua pihak.