2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KETEGANGAN DI SEMPADAN LUBNAN-ISRAEL

BEIRUT – Pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNIFIL menggesa ‘bertahan secara maksimum’ selepas pertembungan di sempadan antara Lubnan dan Israel, hari ini, sambil memaklumkan insiden tembak-menembak sudah terhenti.

Wartawan AFP melaporkan melihat artileri pengeboman Israel di atas bukit Kfarchouba di Ladang Shebaa berhampiran Roueysaat al-Alam Israel, selain kepulan asap di kawasan berkenaan.

Lubnan dan Israel secara teknikal masih berperang dan UNIFIL kebiasaannya membuat rondaan di sempadan antara kedua-dua negara itu.

“Mejar Jeneral Stefano Del Col sudah berhubung dengan kedua-dua pihak untuk menilai situasi semasa dan mengurangkan ketegangan, selain menggesa mereka ‘bertahan secara maksimum’.

“Insiden tembak-menembak sudah berhenti,” kata jurucakap UNIFIL, Andrea Tenenti.

Gerakan Syiah, Hezbollah yang menguasai sebahagian besar kawasan itu, belum mengeluarkan sebarang kenyataan susulan insiden berkenaan.

Sumber: Berita Harian