2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

SERANTAU MUSLIM UCAP TAKZIAH KEPADA MANGSA LETUPAN NATRIUM NITRAT

Melaka, 6 Ogos – Serantau Muslim mengucapkan salam takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban dalam letupan di Lubnan.

Serantau Muslim difahamkan kini jumlah korban letupan tersebut lebih daripada 5000 dan jumlah mangsa yang terkorban lebih daripada 135 orang.

Dalam kejadian kira-kira 2700 tan natrium nitrat yang telah meletup itu, banyak fasiliti awam terjejas.

Dalam kejadian sama, beribu-ribu buah rumah rosak dan sebahagian daripada rumah dan beratus-ratus kereta di kawasan tersebut musnah sepenuhnya

Serantau Muslim juga menerima kiriman gambar seperti yang dilampirkan. Gambar-gambar tersebut dirakam ketika detik-detik pertama selepas letupan.

Selain kediaman dan kenderaan penduduk musnah, syarikat elektrik Lubnan dan juga tempat penyimpanan bahan utama makanan di Lubnan turut musnah dalam kejadian tersebut.

Serantau Muslim berharap kesemua keluarga tabah dalam menghadapi ujian ini dan merayu semua rakyat di seluruh dunia dapat mendoakan mereka di sana.

Sumber: Rakan Kerjasama Serantau Muslim, URDA