2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
gaza_1718875377
Info Semasa

Tentera Israel terus gempur Rafah, tiga lagi penduduk terkorban

Tentera Israel menggempur kawasan di tengah Semenanjung Gaza dan membunuh tiga orang selain mencederakan puluhan yang lain, menurut pegawai perubatan.

Ketika operasi sama, kelihatan kereta kebal rejim Zionis meningkatkan pencerobohan mereka ke wilayah Rafah, kata penduduk, lapor Berita Harian.

Pesawat Israel melancarkan serangan ke atas sebuah rumah di kem Al-Nuseirat menyebabkan dua orang terbunuh dan mencederakan 12 yang lain.

Kereta kebal rejim Zionis pula membedil kawasan di kem Al-Maghazi dan Al-Bureij, mencederakan ramai penduduk di di situ.

Al-Nuseirat, Al-Maghazi dan Al-Bureij adalah tiga daripada lapan kem pelarian bersejarah di Gaza.

Keadaan di Deir al-Balah, sebuah bandar penuh dengan orang kehilangan tempat tinggal dekat tengah Semenanjung Gaza, serangan udara Israel dilapor membunuh seorang rakyat Palestin serta mencederakan beberapa yang lain hari ini.

Tentera Israel semalam berkata, pihaknya meneruskan operasi di seluruh enklaf kononnya menyasarkan militan dan infrastruktur ketenteraan hasil risikan.

Lebih lapan bulan selepas perang di Gaza, Israel kini terus mara dan pergerakan rejim tertumpu kepada dua kawasan terakhir yang belum diserang oleh tenteranya, iaitu Rafah di pinggir selatan Gaza dan kawasan sekitar Deir al-Balah terletak di tengah semenanjung itu.

Operasi ketenteraan itu memaksa lebih sejuta orang melarikan diri sejak Mei tahun lalu, sebahagian besarnya berpindah dari bahagian lain di enklaf berkenaan.

Di Rafah yang terletak berhampiran sempadan Mesir, kereta kebal Israel yang ditempatkan jauh di kawasan barat dan tengah bandar itu sedang bersiap siaga untuk melancarkan bedilan bom.

Serangan itu cenderung memaksa lebih ramai keluarga yang tinggal dekat kawasan pantai melarikan diri ke kawasan sebelah utara. Beberapa penduduk berkata operasi dipercepatkan sejak dua hari lalu.

Penduduk kejiranan Al-Shaboura di Rafah, Abu Wasim, berkata kereta kebal itu menguasai kebanyakan kawasan di Rafah.

“Orang ramai yang tinggal di tepi pantai juga mula bergerak melarikan ke arah Khan Younis dan kawasan tengah dalam ketakutan kerana pengeboman berterusan,” katanya yang meninggalkan kediamannya lebih seminggu lalu sebelum kereta kebal rejim Zionis tiba di tengah bandar.

Rafah menempatkan lebih separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza.