2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

LARANG JUALAN, EDARAN BUKU HINA NABI MUHAMMAD SAW, AL-QURAN, ISLAM

SINGAPURA: Pihak berkuasa melarang penjualan atau pengedaran sebuah buku kartun politik.

Berita Mediacorp melaporkan buku itu mengandungi imej yang menyinggung perasaan penganut pelbagai agama di sini.

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengenal pasti hampir 30 imej yang tidak dapat diterima termasuk lukisan Nabi Muhammad SAW yang diterbitkan semula dari majalah Perancis, Charlie Hebdo, yang pernah mencetuskan tunjuk perasaan serta bantahan di beberapa negara.

Terdapat juga imej yang bertentangan dengan agama Hindu dan Kristian dalam buku berkenaan.

Pihak Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyokong larangan terhadap buku itu.

Dalam kenyataannya, Muis memberitahu, buku tersebut mengandungi beberapa lukisan kartun Nabi Muhammad serta kartun yang berbaur diskriminasi terhadap golongan Muslim, menghina al-Quran dan merendahkan agama Islam.